Antara kepentingan basmallah :
01. Barang
siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan
daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
02.
Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang
mengejut dan sebarang bencana.
3.
Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya
kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak
yang soleh.
4. Jika
didapati seseorang yang sedang pensan, maka hendaklah dibacakan Bismillah
sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali
siuman dengan serta merta.
5. Sesiapa
yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad
s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap
kiblat. maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali
6.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air
sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum
matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan
mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
7. Sesiapa
yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa
yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
8. Barang
siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah
sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
9. Sesiapa
yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari
Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan
berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya
Selepas sembayang Jumaat, dia
hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon
kepada-mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang
terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
" Aku mohon
kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah
mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya
di langit dan di bumi.
" Dan aku
memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab
(tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir
kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad
s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati,
tunaikanlah apa aku hajatkan ....... "
Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya
pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan
keagungannya.
10. Bagi seseorang
yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai
keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak
membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan
membaca doa yang bererti :
" Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta
rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu.
Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau
berkuasa ke atas setiap sesuatu"
11. Untuk mengubati sesuatu penyakit,
boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air
diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
12. Untuk mengubati sakit pening pula
hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu
dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
13. Bagi orang yang mengharap supaya
hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai
sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan
menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah
mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat
Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
No comments:
Post a Comment