Thursday 12 June 2014

PERUBAHAN KE ARAH KEBAIKAN ITU SANGAT INDAH

ASSALAMUALAIKUM W.BT

"TIPU JIKA SESEORANG ITU BERKATA DIA TIDAK MAMPU MENJADI BAIK . "
 2:30

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
-SURAH AL-BAQARAH :2: 30- 


  • Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini ditugaskan untuk menjadi pemimpin .
  • Manusia boleh berubah atas usaha mereka sendiri dan diiringi doa kepada PENCIPTA . 
  • Hidayah itu milik ALLAH . Firman ALLAH S.W.T :

6:125

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." 
 -AL AN'AM:6:125-


"BERUSAHA UNTUK BERUBAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERPUTUS ASA"

~SEMOGA KITA DAPAT HIDAYAH ALLAH ITU~ 

Thursday 5 June 2014

NO COMPULSION IN RELIGION

No compulsion

Agama Islam tidak sekali-kali memaksa orang bukan Islam untuk memeluk Agama Islam. Islam mengiktiraf dan menghormati bangsa dan agama lain .

Firman Allah S.W.T :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang laki-laki, seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal."

(Al Hujurat 49: 13)

Islam adalah agama yang berteraskan kepada kepercayaan dan keyakinan yang terbit dari hati. Pengakuan ketaatan kepada Allah yang satu dan Nabi Muhammad sebagai pesuruhnya tidak dianggap sah sekiranya tidak dituruti dengan keikhlasan hati. Dari itu, orang Islam tidak dibenarkan memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam biarpun mereka itu terdiri dari kaum kerabatnya. Agama Islam tidak boleh dipaksa kepada sesiapapun kerana paksaan adalah perbuatan yang keji dan dikutuk oleh Allah s.w.t. Islam tidak menganjurkan paksaan dalam keadaan apa sekalipun untuk menyebarkan ajarannya kerana tindakan sedemikian hanya akan menghancurkan tujuan dan falsafah hidup Islam itu sendiri. 

Firman Allah S.W.T :

"لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ"
"Tiada paksaan di dalam Islam........................."
"There's no compulsion in Islam ...................."
(Al-Baqarah 2:256)


Walaupun orang Islam tidak dibenarkan memaksa, tetapi adalah menjadi kewajipan ke atas setiap mereka untuk menyeru dan mengajak manusia kepada Islam, agama yang membawa kesejahteraan kepada manusia.

Kalau merujuk kepada sejarah, ketika Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Islam di kalangan bukan Islam, Baginda tidak pernah menggunakan pendekatan yang kasar atau dalam bentuk memaksa. Dakwah yang disampaikan adalah secara lembut dan penuh hikmah. Baginda menyeru manusia menyembah Allah s.w.t. dengan penuh kasih sayang dan mudah difahami. Pendek kata, tidak pernah sama sekali Baginda menggunakan perkataan yang kasar dalam berdakwah. Tanggungjawab menyebarkan Islam mesti disampaikan walau di mana Baginda berada. Ia terpulang kepada orang ramai untuk menerima atau menolaknya

Firman Allah S.W.T :

"Katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu datang daripada Tuhan kamu, maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir...


(Al-Kahfi 18: 29)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud,

"Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada menolaknya dan sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)."(Al-Ghasyiyah 88: 21-22)


Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa Islam menjamin kebebasan beragama. Dalam sistem pemerintahan Islam, pemerintah tidak berhak untuk memaksa agama lain untuk memeluk agama Islam sekalipun orang itu tidak mempunyai apa-apa agama. Mereka berhak mengamalkan adat istiadat dan cara hidup mereka selagi mana tidak menimbulkan perkara yang tidak sihat dalam masyarakat umum. Begitulah lunaknya ajaran Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.


Tohmahan yang dilemparkan oleh pihak barat yang mengatakan Islam disebarkan melalui mata pedang (secara paksa) adalah tidak berasas sama sekali. Memang benar, dalam sejarah tamadun Islam telah berlaku peperangan antara orang Islam dengan bukan Islam. Peperangan yang berlaku adalah sekadar untuk mempertahankan maruah agama yang cuba dicemari oleh orang bukan Islam ketika itu. Dalam sejarah peperangan Islam, tidak pernah sekali peperangan digunakan untuk tujuan memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Kalau adapun berlaku, itu bukanlah dari ajaran Islam tetapi adalah kesalahan individu yang melakukan penyerangan itu.


Ini dibuktikan ketika Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan dakwah Islam di Mekah. Orang Quraisy Makkah dan orang kafir yang lain tidak senang hati akan tindakan Rasulullah itu. Mereka telah cuba mempengaruhi Rasulullah s.a.w. untuk meninggalkan agama Islam. Berbagai-bagai rancangan jahat telah diatur termasuk percubaan untuk membunuh Baginda. Namun Baginda tidak pernah tunduk kepada tekanan itu dan sentiasa bersabar dengan tekanan yang dikenakan.


Walau bagaimanapun, apabila orang kafir ketika itu terus-menerus untuk menghapuskan ajaran Islam dan Baginda, akhirnya Baginda terpaksa bertindakbalas. Baginda memutuskan hanya untuk berperang apabila agama dan nyawa Baginda sendiri terancam. Baginda tidak mempunyai pilihan lain melainkan mempertahankannya. Apabila Baginda mencapai kemenangan dalam peperangan, Baginda tidak pernah memaksa rakyat dijajahnya untuk memeluk agama Islam kerana Baginda tahu itu bukanlah ajaran Islam. Kalau adapun yang memeluk agama Islam, itu bukanlah atas dasar paksaan melainkan atas kerelaan dan keyakinan mereka terhadap Islam.


Dalam satu kisah yang diriwayatkan oleh Ibn Ishak, terdapat seorang Ansar yang mempunyai dua orang anak lelaki yang beragama Kristian dan tidak mahu menerima Islam. Beliau datang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat sama ada untuk memaksa anak-anaknya itu memeluk agama Islam. Akhirnya turun ayat tiada paksaan dalam agama seperti yang telah disebutkan dalam surah al-Baqarah, ayat 256. Ibn Athir di dalam mengulas ayat ini menerangkan bahawa Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Hujah ini disokong oleh Zamakhshari. Menurut beliau, Islam tidak pernah memaksa orang lain memeluk Islam. Terpulanglah kepada mereka dengan akal yang ada untuk menerimanya. 

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada di muka bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?"(Yunus 10: 99)






LET'S START EVERYTHING WITH BISMILLAH :)

Islam


Antara kepentingan basmallah :

01. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.


02. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang mengejut dan sebarang bencana.

3.  Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.

4. Jika didapati seseorang yang sedang pensan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.

5. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat. maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali

6. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.

7. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.

8. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.

9. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya

  Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada-mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
    " Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi.
    " Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ....... "
Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.


10. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti :

     " Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu"


11. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.

12. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.

13. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.

14. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula. 



Tuesday 3 June 2014

NASIHAT LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA





Luqmanul Hakim adalah bapa yang mesti dicontohohi oleh bapa-bapa yang lain kerana sifat kebapaan yang pandai mengajar anaknya kearah ilmu Allah S.W.T. Beliau sangat menitikberatkan tentang adab dan akhlak yang perlu dijaga.Berikut adalah antara nasihat yang diberikan kepada anaknya:


1.  “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”
2.  “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
3.  “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
4.  “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”
5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
 6.  “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.”
7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”
8.  “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
9.   “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
11.  “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
12.  “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
13.  “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
14.  “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
15.  “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakanhartamu.”
16.  “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”
17.  “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
18.  “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”
19.  “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
21.  “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”
22.  “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”
24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”
25.  “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada  anjing sahaja.”
27.  “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”
29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”
30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”
31.  “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”
33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”
34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”
35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”
36. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”
37.  “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”
38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”
40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.”
41.  “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?
43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”
44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”
45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.”
47.  “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”
48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”
49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.
50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”

Saturday 10 May 2014

SURAH AS-SAFF AYAT 1-4

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
A004
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.






Berikut adalah petikan ayat daripada surah As-saff yang telah dibincangkan di dalam kumpulan usrah SMKSP .

AYAT 1

Di dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa seluruh makhluk yang berada di bumi ini bertasbi dan berzikir kepada-Nya kerana Allah ada Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana . 

AYAT 2

Wahai orang yang beriman ! Mengapa kamu katakan apa yang kamu tidak lakukan . 
Allah memarahi orang yang mangatakan sesuatu yang dia sendiri tidak lakukan . 

AYAT 3

Allah amat membenci akan orang yang mengatakan sesuatu tetapi tidak lakukannya .

AYAT 4

Allah amat menyukai orang yang berperang di jalan-Nya . 
Apabila kita melakukan sesuatu , kita memerlukan satu organisasi . Tanpa organisasi , sesuatu pekerjaan yang kita hendak lakukan itu akan hancur . Seperti hidup berkawan . Kita tidak boleh hidup tanpa kawan atau keluarga kerana kita akan rasa keseorangan . 


Persoalan yang bermain di fikiran manusia berdasarkan ayat 2 dan 3 adalah . 
Bagaimana sekiranya kita hendak menegur seseorang tapi kita tak lakukan perkara tersebut ?
kita takut dengan ayat yang Allah turunkan . Allah melaknati orang yang sebegini . 
tetapi , sabda Rasulullah S.A.W  "SAMPAIKANLAH DARIMU OLEHKU WALAUPUN SEPATAH PERKATAAN"

Di sini akan timbul kemusykilan bagi kita semua .
JAWAPANNYA : 1 ) sebelum kita menegur orang , kita niat bahawa kita akan ubah diri kita sekali .
                              2) kita tegur sahaja . mungkin nanti apabila mereka lakukan apa yang kita  tegur                                             mereka itu , hati kita akan terjentik untuk berubah . kita akan rasa ' EH , DIA                                             BUATLAH APA YANG AKU SURUH !' . Jadi mungkin di situ diri kita akan                                           terubah .

Penjelasan bagi ayat 4 adalah . 
Kehidupan di Malaysia tidaklah seperti di Syria yang sibuk berperang . 
Bagaimana kita di Malaysia ini hendak berperang di jalan Allah . Adakah kita perlu untuk pergi ke Syria atau Palestine atau Rohingya untuk ikut serta berperang ?

JAWAPANNYA : Semestinya tidak . kita di sini boleh turut mederma bagi mangsa perang di sana .                                         antara  cara menderma adalah dengan doa , sumber kewangan dan sebagainya . 
                              Bagi pelajar pula , semestinya berperang di jalan Allah ini adalah dengan belajar                                         dengan bersungguh-sungguh terutamanya bagi ilmu ukhrawi . 


 SEKIAN SAHAJA DARIPADA KAMI . 

ASSALAMUALAIKUM .

Friday 2 May 2014

PENGENALAN BADAR

                 

   LOGO

                                                    


PENGENALAN

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Sebestari merupakan satu organisasi bagi meneruskan perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W dalam kalangan pelajar SMKSP.

VISI

BADAR UNGGUL PENERAJU KECEMERLANGAN SAHSIAH & KEROHANIAN PELAJAR

MISI

MEMBANGUN POTENSI PELAJAR DENGAN MENERAPKAN NILAI BERTERASKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH DAN MENYEDIAKAN BIAH ISLAMIYAH BAGI MEMANTAPKAN MINDA DAN SAHSIAH PELAJAR SERTA MENJANA KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.

MOTO

AMANAH,JUJUR,IKHLAS

SLOGAN

SHINE THE DARK WORLD WITH DA'WAH

OBJEKTIF

  • AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR
  • BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH




Islamic Reflection


Sunday 20 April 2014

AURAT seorang MUSLIM ^_^












Situasi A :


"Eh, kenapa awak pakai baju lengan pendek je ni? Bukan ke kita kena tutup aurat dengan sempurna?"


" Rilekla sis, ala lengan je pun, bukannya tak pakai tudung"

Situasi B :


"Bro, weyh aku panaslah, penatlah main ragbi petang tadi, nasib baik sekolah kita menang"


"Tapi kan,aku peliklah, kau dah duduk bawah kipas, asal kau nak buka baju bagai nih? Boleh tu boleh, tapi cuba kau tutup sikit aurat kau tu"


"Aish, Ok, fine! Hish payah betul duduk sebilik dengan orang yang baik-baik ni"







Pada zaman sekarang, umat Islam banyak mengabaikan tentang kewajipan menutup aurat. Mereka kata mereka sudah menutup aurat seperti pakai tudung dan sebagainya.Hakikatnya mereka tidak menutup aurat dengan sempurna.


Sebagaimana sabda Rasulullah :

" Dua golongan ahli neraka yang aku belum melihatnya iaitu satu golongan yang memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan satu golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk tubuh badannya, mereka ini seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat baunya sekalipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian-sekian." ( Riwayat Muslim )

Sebelum kita pergi jauh, di sini ana ingin tekankan beberapa perkara mengenai batas-batas aurat lelaki dan perempuan.


1. lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan

- dari pusat hingga ke lutut




2. perempuan dengan lelaki ajnabi

- seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan

3. perempuan dengan perempuan
-  dari pusat hingga ke lutut

Pakai tudung? Tak wajib. Pakai handsock? Tak wajib. Yang wajib tutup aurat, nak pakai baldi pun tak apa.
Janji tutup aurat.






SYUKRAN .