Sunday 20 April 2014

AURAT seorang MUSLIM ^_^












Situasi A :


"Eh, kenapa awak pakai baju lengan pendek je ni? Bukan ke kita kena tutup aurat dengan sempurna?"


" Rilekla sis, ala lengan je pun, bukannya tak pakai tudung"

Situasi B :


"Bro, weyh aku panaslah, penatlah main ragbi petang tadi, nasib baik sekolah kita menang"


"Tapi kan,aku peliklah, kau dah duduk bawah kipas, asal kau nak buka baju bagai nih? Boleh tu boleh, tapi cuba kau tutup sikit aurat kau tu"


"Aish, Ok, fine! Hish payah betul duduk sebilik dengan orang yang baik-baik ni"







Pada zaman sekarang, umat Islam banyak mengabaikan tentang kewajipan menutup aurat. Mereka kata mereka sudah menutup aurat seperti pakai tudung dan sebagainya.Hakikatnya mereka tidak menutup aurat dengan sempurna.


Sebagaimana sabda Rasulullah :

" Dua golongan ahli neraka yang aku belum melihatnya iaitu satu golongan yang memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan satu golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk tubuh badannya, mereka ini seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat baunya sekalipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian-sekian." ( Riwayat Muslim )

Sebelum kita pergi jauh, di sini ana ingin tekankan beberapa perkara mengenai batas-batas aurat lelaki dan perempuan.


1. lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan

- dari pusat hingga ke lutut




2. perempuan dengan lelaki ajnabi

- seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan

3. perempuan dengan perempuan
-  dari pusat hingga ke lutut

Pakai tudung? Tak wajib. Pakai handsock? Tak wajib. Yang wajib tutup aurat, nak pakai baldi pun tak apa.
Janji tutup aurat.






SYUKRAN . 




Thursday 17 April 2014

SAY NO TO ' APRIL FOOL '


AWAS ANAK MUDA !!!

Masyarakat kita umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Apabila orang kafir menyambut ‘Valentines Day’ mereka pun nak sambut ‘Hari Valentine/Kekasih’ juga! Bila orang kafir sambut ‘April Fool’s Day’, mereka pun ikut ‘fool’ sama menyambut hari mengarut itu!
.
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah  pernah bersabda: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia itu termasuk di dalam kalangan mereka.” (Hadis Riwayat Imam Abu Daud r.a., Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam as-Suyuti )
.
Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan atau kejutan untuk tujuan mengenakan orang lain yang dikenali sebagai ‘April Fool’Hari April fool ini sepertinya hari perayaan syaitan dan iblis kerana pada hari ini ramai manusia menghalalkan apa yang DIHARAMKAN iaitu MENIPU dan BERGURAU MELAMPAUI BATAS
Tidak dinafikan bergurau dalam konteks positif dan tiada unsur penipuan dan seumpamanya adalah tidak salah kerana Rasulullah juga sering bergurau dengan sahabat juga keluarga. Namun pada hari ‘April Fool’ ini, kita dapati pelbagai gurauan melampau dan keterlaluan malah ada yang hingga menjatuhkan maruah,  mendatangkan malu, keaiban, menimbulkan perasaan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu umat Islam hindari dan  titik beratkan  serta diberi perhatian.

Pendapat Para Ulama
.
Agama Islam amat MELARANG ummatnya melakukan perbuatan mengaibkan dan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan. Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu ‘April Fool’ ini:
.

1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi

 .
Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah menyatakan:“Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu tanda kemunafikan.”
Ini kerana Rasulullah  bersabda: “Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah  memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda  bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.”(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e)
Rasulullah  juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.”  (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani).
Sebahagian hadis Nabi  turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.
Rasulullah  bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
 .
SEBAB APRIL FOOL DILARANG DALAM ISLAM
  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
.
.

2)  Shaikh Atiyyah Saqr

 .
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
 .
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
 .
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah  bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah  membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.”
Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.
.
.
Haram Meraikan ‘April Fool’ 
.
Rasulullah  melarang kita menipu, Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita dapati bahawa budaya ‘April Fool’ jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
Amalan menipu ini turut melanggar etika seorang manusia yang bermoral.  Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu. Sewajarnya tradisi ‘April Fool’ ini dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!
.
Umat Islam adalah diharam meraikan sambutan ‘April Fool’ ini kerana ia jelas boleh menjatuhkan maruah, merendahkan martabat kemanusiaan dan menyesatkan akidah umatnya.
Mudah-mudahan peringatan ini bisa membuka minda dan menyedarkan kita semua betapa Islam adalah agama yang sejahtera dan mensejahterakan. Larangan ini bagi menjaga hak setiap jiwa manusia agar tidak teraniaya.
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Semoga Allah سبحانه وتعالى terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

ISLAM ADALAH AGAMA YANG MULIA , MUDAH , TENANG DAN AMAN !
ISLAM BUKAN PENGGANAS !

SEKIAN , TERIMA KASIH .

Friday 11 April 2014

MUSLIMS ! SAY NO TO VALENTINE'S DAY

Hukum dan Fatwa mengenainya

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan :

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”

1891234_613075352103822_276393336_n

Kenapa ianya diHARAMkan???

1) Mengenang dan mengagungkan tokoh Barat yang bernama Saint. Valentino, dia dibunuh pada 14 Februari 270 M.

2) Ianya disambut untuk memperingati hari kejatuhan kerajaan Islam Cordova pada 14 Februari 270M.

3) Mendekati ke arah penZINAan.

Firman Allah s.w.t :
“Dan janganlah kamu dekati ZINA, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan suatu  jalan yang buruk”
{Surah Al-Isra’ 17:32}.

 4) Ianya adalah bukan daripada Budaya Hidup Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

 5) Islam menegah umatnya meniru atau mengikut budaya Barat.

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka”
[Hadis Riwayat Abu Daud]

 6) Kasih sayang dan keCINTAan yang UTAMA adalah untuk Allah s.w.t  dan RasulNYA.

Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa berkasih sayang sesama Islam tetapi hendaklah mengikut batas syariat yang telah ditetapkan dan berkasih sayang dengan yang halal bagi kita, cthnya : Keluarga, Suami Isteri, Anak-anak dll., bukan untuk yang tiada pertalian halal (lelaki/perempuan) bagi kita.
Tambahan, penulis juga ingin berkongsi artikel soal jawab yang dibaca dari penulisan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk “Hukum Rai Valentine & Jual Bunga”. Antara petikan penulisan beliau ialah, hari tersebut menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya.
Semoga sedikit sebanyak huraian dan penjelasan mengenai sambutan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Muslim kita agar kita lebih berhati-hati dan menyelidik sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tidak terikut-ikut dengan budaya dan ajaran dari agama selain daripada Islam, InsyaAllah.